Lagi kluster baharu libatkan depo tahanan
Gambar arkib lawatan pengerusi JPBNS ke Depot Semuja |
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kluster itu dinamakan Kluster DTTI Semuja 3 yang menyaksikan 19 invidivu didapati positif COVID-19 melibatkan tahanan dan staf di situ.
"Kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan lelaki bukan warganegara, 34, yang dikesan positif pada 7 Mac.
"Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan tahanan dan staff di dalam depo tahanan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gambar arkib lawatan Premier Sarawak ke Depot Tahanan Semuja |
JPBNS memberitahu, seramai 295 individu disaring yang mana 19 positif termasuk kes indeks.
Manakala katanya, 48 individu masih menunggu keputusan dan 228 individu didapati negatif.
Jawatankuasa itu memaklumkan dengan penambahan satu kluster baharu ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak bertambah kepada lima.
Kredit gambar Sarawak Edition |
Selain itu, Kluster Citrawarna Kuching merekodkan penambahan satu kes hari ini.
Mengulas tentang jumlah kes positif hari ini, JPBNS memberitahu, 1,963 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 274,105.
"764 kes adalah kategori satu, 1178 kes kategori dua, enam kes kategori tiga, sembilan kes kategori empat dan enam kes kategori lima.
"Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 699 kes diikuti Miri (303), Sibu (177), Bintulu (148), Serian (101), Samarahan (71), Sri Aman (53), Bau (52), Sarikei (48), Tanjung Manis (40), Lubok Antu (36), Limbang (26), Pakan (14), Dalat (14), Daro (14), Mukah (13), Betong (13), Simunjan (13), Marudi (13), Saratok (13), Kanowit (13), Kabong (12), Matu (12), Lawas (10), Pusa (9), Meradong (8), Subis (7), Kapit (6), Lundu (5), Beluru (4), Asajaya (3), Julau (3), Sebauh (2), Tatau (2), Telang Usan (2), Belaga (1), Tebedu (1), Song (1) dan Selangau (1)," ujarnya.