Kueh, ambil masa 2 hari bermotosikal secara solo dari Kuching ke Lusong Laku Belaga

Gambar kredit Kueh Swee Chiang

 

BELAGA—Seorang pemilik motosikal berkuasa besar, Kueh Swee Chiang, 59, mengambil masa dua hari perjalanan dari Kuching menuju ke Lusong Laku di Belaga dengan menunggang motosikal miliknya model F800GS.

 

Kueh ketika dihubungi Borneo Network berkata, beliau bertolak dari Kuching pada 3 Mac  dan sampai di penempatan suku kaum Penan di Lusong Laku pada 5 Mac.



"Perjalanan dari Bintulu menuju ku Lusong Laku mengambil masa 7 jam yang mana sejurus sampai di sana, saya disambut oleh Robert Abit yang merupakan pemilik Inap Desa Lucy," ujarnya.

 

Beliau yang merupakan pengemar sukan lasak dan ekstrim menyatakan kepuasan kerana impiannya untuk bermotosikal menuju ke Lusong Laku tempat terletaknya Air Terjun Peji atau "Niagara Fall Sarawak".



Beliau dalam pada itu menyatakan kepuasan kerana sepanjang perjalanan dari Kuching hingga sampai ke Lusong Laku, terdapat banyak keindahan semulajadi yang dapat dilihat yang mana ianya merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya.

 

Kueh sebagai berkata bahawa beliau akan kembali semula ke Lusong Laku dan bercadang untuk membawa lebih ramai konvoi bermotosikal menempuh cabaran bermotosikal ke kawasan berkenaan pada masa hadapan.



"Sekiranya anda pencinta alam semulajadi serta menghargai biodiversiti sekitarnya, Lusong Laku adalah syurga bagi anda semua kerana banyak aktiviti yang dapat dijalankan di sana seperti berkelah, memancing selain mendalami sendiri akan keindahan kehidupan unik masyarakat Penan di situ," tambah beliau.

Next Post Previous Post