Kempunan Nikmati Hasil Rompak
Kejayaan tangkapan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan rakaman kejadian jenayah itu tular di media sosial.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 39 saat menyaksikan kedua-dua lelaki berkenaan berpura-pura membeli sesuatu di kedai berkenaan.
Suspek pertama yang berada di dalam kedai itu dilihat ingin membuat pembayaran sebelum suspek kedua tiba sambil membawa satu beg plastik berwarna putih.
Kedua-dua suspek kemudian menyamun warga emas yang sedang duduk.
Suspek pertama menolak dan menahan warga emas sementara rakan jenayahnya mengambil wang di bawah meja.
Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan sejumlah wang menggunakan sebuah motosikal yang diparkir tidak jauh dari kedai mangsa.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk tindakan lanjut.