Kekalahan satu peringatan penting menghadapi PRU15 - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim / gambar kredit Twitter Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU—Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Bagaimanapun beliau melahirkan penghargaan kepada semua pendukung dan jentera PKR serta Pakatan Harapan (PH) yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang berlangsungnya PRN itu.

“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PRN Johor semalam menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi.

-- BERNAMA 
Next Post Previous Post