Kecoh tiga ekor ular masuk rumah

Ular tedung selar berjaya ditangkap di sebuah kediaman di Desa Pujut 2 Permyjaya pagi tadi.

MIRI-Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri hari ini menangkap tiga ekor ular di dua kediaman hari ini.

Menurut Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, dua ekor ular tedung berjaya ditangkap di sebuah rumah di Desa Pujut 2 Permyjaya sekitar jam 9.25 pagi tadi.

"Seramai empat anggota bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 8.45 pagi,"' ujarnya.

Selang 3 jam selepas tangkapan pertama di Desa Pujut 2, anggota APM Miri menangkap seekor lagi ular berukuran setengaj meter panjang di Taman Tomic.

Salah seekor ular tedung selar terbabit ditemui di dalam rumah pengadu wanita berusia 46 , manakal seekor lagi di dalam bilik stor.

Usman berkata, anggotanya berjaya menangkap reptilia tersebut menggunakan peralatan khas.

Selang tiga jam kemudian, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan seekor ular di sebuah rumah di Taman Tomic , Jalan Shin Khen.

"Sebaik dimaklumkan mengenai penampakan seekor ular di ruang dapur rumah pemanggil lelaki berusia 53 tahun sekitar jam 12.55 tengahari, anggota kita seramai tiga orang telah bergegas ke lokasi,"

Anggota APM berjaya menangkap ular berukuran setengah meter itu kurang daripada 10 minit.
Next Post Previous Post