Ibu mengandung rayu bantuan cari anak hilang
KUCHING: Seorang ibu yang sedang mengandung meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai anaknya Eric Chang Wei Jie, 4 tahun 9 bulan yang dilaporkan hilang pagi Isnin lalu.
Laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut, Dynasty Chang Ka Hui, 25, di Balai Polis Bintawa sekitar jam 7.42 malam pada hari yang sama.
Laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut, Dynasty Chang Ka Hui, 25, di Balai Polis Bintawa sekitar jam 7.42 malam pada hari yang sama.
Menurut Dynasty, dia menyedari kehilangan anaknya sekitar jam 9.15 pagi bertempat di Bintawa Village.
Dia menerima panggilan daripada penjaga kanak-kanak itu yang memaklumkan anak lelakinya Eric telah hilang.
Dia menerima panggilan daripada penjaga kanak-kanak itu yang memaklumkan anak lelakinya Eric telah hilang.
Selepas menerima berita kehilangan anaknya itu, dia berusaha mencari di kawasan tersebut, namun gagal dijumpai.
Ciri fizikal kanak-kanak tersebut adalah berambut pendek lurus dengan kulit berwarna kuning langsat.
Ciri fizikal kanak-kanak tersebut adalah berambut pendek lurus dengan kulit berwarna kuning langsat.
Berikutan itu, dia tampil membuat laporan polis.
Dalam sidang media di pejabat SUPP Pending hari ini, wanita yang sedang mengandung tujuh bulan itu berkata suaminya, Lee Fook Chuan, 32 cedera di kaki akibat satu kemalangan.
Hadir sama pemimpin SUPP Pending, Milton Foo dan ketua masyarakat.
Hadir sama pemimpin SUPP Pending, Milton Foo dan ketua masyarakat.