Jenazah Sylvester dibawa pulang ke kampung halaman
Ketua Bomba Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim berkata jenazah Sylvester dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah jam 3.30 petang sebelum dihantar ke daerah Lawas jam 4 petang ini.
Rakan setugas menatap wajah mendiang Sylvester buat kali terakhir. Gambar kredit Persatuan Kebajikan JBPM Bomba | Borneo Network |
“Kita jangkakan jenazah yang dihantar melalui jalan darat menggunakan kenderaan JBPM Sabah dijangka tiba di Lawas jam 8 malam ini dan akan dikebumikan di Kampung Layung, Sundar esok (Jumaat),”katanya kepada Borneo Network sebentar tadi.
Azman (kiri) ketika menziarahi keluarga mendiang di Kampung Layung Sundar Lawas. Gambar kredit Persatuan Kebajikan JBPM Bomba | Borneo Network |
Kata Azman, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tujuh Limbang, melalui BBP Lawas dan Pejabat Residen Limbang membantu menguruskan urusan kemasukkan jenazah di sempadan.
Lokasi kemalangan pada 28 Mac lalu. Gambar kredit Persatuan Kebajikan JBPM Bomba | Borneo Network |
“Ketua BBP Lawas masih menunggu ketibaan jenazah di sempadan Sindumin dan Merapok Lawas dan akan dihantar ke kampung halamannya untuk urusan pengebumian esok ,”katanya lagi.
Mendiang Sylvester Rabar. Gambar kredit Persatuan Kebajikan JBPM Bomba | Borneo Network |
Mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Johor terlibat kemalangan dan maut di tempat kejadian pada 28 Mac lepas kira-kira jam 7.13 malam.