“Jalan seperti ke bulan, tersadai dua jam, pengguna jalan mahu kontraktor baiki jalan ke bandar Limbang segera!
Kesesakan teruk itu dihadapi pengguna jalan dari jam 7.30 pagi hingga kini ketika orang ramai sibuk menghantar anak ke sekolah pada sesi persekolahan pertama tahun 2022, dan mereka yang turun kerja mahupun pergi ke bandar Limbang.
Lebih menyedihkan Borneo Network difahamkan kesesakan ‘luar biasa’ itu berlarutan dari kawasan bawah Tasik Mas Limbang hingga ke Kampung Batu Bakarang yang jauhnya kira-kira lebih 7 kilometer.
Akibat kesesakan itu juga pengguna jalan terpaksa menghabiskan masa sekitar dua jam untuk sampai ke bandar Limbang mahupun ke tempat kerja.
Seorang pengguna jalan Chua Sheau Tze berkata pengguna jalan terpaksa memperlahankan kenderaan mereka terutama di kawasan tapak lama Rumah Rehat Kerajaan dan bawah Tasik Mas berikutan jalan berlopak, beralun, berlubang besar dan rosak .
“Memandu seolah-olah pergi ke angkasa lepas, jalan berlubang, berlopak dan beralun.
“,Kenapa pihak pemaju jalan tidak memperbaiki dan menyelenggara jalan ini sebaiknya memandangkan ini satu-satunya jalan utama ke bandar Limbang,”katanya kepada Borneo Network hari ini.
Kerosakan jalan itu turut menimbulkan rungutan pengguna laman sosial yng terpaksa mengharungi kepayahan selepas pihak pemaju seperti lepas tangan.
“Sampai bila harus bersabar, masalah kerosakan jalan ini sudah agak lama dan kenapa dibiarkan, kami betul-betul sengsara,”rungut mereka lagi.
Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang Noor Ismail Razali berkata berkata projek menaiktaraf jalan masuk ke bandar Limbang kepada empat laluan sejauh 1.16 kilometer dilaksanakan dibawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dengan kos sekitar RM20 juta.
“Untuk makluman laluan sepanjang 1.16 kilometer itu sedang dinaiktaraf dibawak NRDA dan dibawah bidang kuasa NDRA.
“Ianya bukan dibawah skop JKR, bagaimanapun JKR akan memaklumkan kepada pihak NRDA supaya memastikan jalan tersebut,selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya,”katanya.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata anggota trafik turut membuat rondaan kawalan lalulintas.
“Bagaimanapun pihak kontraktor perlu lebih peka dengan mempercepatkan pembaikan jalan, terutama kepada waktu sesi persekolahan dibuka.
“Pihak kontraktor yang dilantik juga perlu mengutamakan keselamatan pengguna jalan dengan meletakkan batu atau menurap jalan berlubang , memasang tanda kesleamatan dikawasan pembinaan dan kerap turun padang memantau kawasan projek,”tegasnya lagi.

Projek jaringan jalan raya berkembar kepada empat laluan bakal mengubah wajah bandar Limbang apabila siap tahun ini,namun keadaan jalan yang rosak dan berlubang menjejaskan laluan dan akses utama penduduk yang ingin ke bandar.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata anggota trafik turut membuat rondaan kawalan lalulintas.
“Jika berlaku kesesakan, kita akan buat penarikan terutama pada waktu puncak.