Hantar kargo berat guna kapal, Lee

Gambar arkib dari media sosial. Kredit kepada pemilik gambar.

MIRI—Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mencadangkan penggunaan sungai sebagai mod pengangkutan alternatif bagi penghantaran kargo berat dan bersaiz besar di negeri ini.

Beliau berkata, satu kajian selidik akan dibuat pihak kementerian bersama Unit Perancang Negeri Sarawak bagi meneliti sungai yang sesuai digunakan untuk tujuan tersebut.

"Kita mahu kargo atau barangan bersaiz besar dihantar menggunakan sungai berbanding jalan raya bagi mengurangkan risiko bahaya kepada kenderaan kecil.

"Saya telah menerima banyak aduan mengenai kerosakkan jalan raya disebabkan kenderaan berat, maka sebab itu saya mencadangkan supaya kargo berat dan besar seperti kayu balak, kelapa sawit dan barangan binaan dihantar menggunakan pengangkutan air," katanya pada Rabu.


Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak Dato Henry Harry Jinep.

Tegasnya, penggunaan sungai bagi tujuan menghantar kargo bersaiz besar menggunakan sungai adalah lebih selamat dan sesuai berbanding jalan raya.

Lee ditemui selepas merasmikan program perundangan bersama pegawai penguatkuasa Lembaga Sungai sungai Sarawak (LSS).

Seramai 50 pegawai penguatkuasa LSS dari Kuching, Sibu dan Miri hadir pada program dua hari itu.
Next Post Previous Post