Gempa bumi kuat landa Pantai Timur Honshu, Jepun

Gambar kredit MetMalaysia

KUALA LUMPUR-- Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 10.35 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 79 kilometer (km) tenggara dari Sendai, Jepun dengan kedalaman 47km.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA
Next Post Previous Post