Dua wanita rugi RM9,250 ditipu Macau Scam


SIBU-- Dua wanita di bahagian ini hanya mampu berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam dan kerugian sebanyak RM9, 250 dalam dua kejadian berasingan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, kes pertama melibatkan seorang pelajar berusia 18 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM930 selepas dihubungi seorang individu yang kononnya seorang pegawai polis dari IPD Kuantan.

"Individu terbabit bertindak menghubungi mangsa dan mengatakannya terlihat dalam kes jenayah penggubahan wang haram," ujarnya.

Mangsa yang ketakutan kemudiannya memindahkan sejumlah wang ke atas akaun dinyatakan bagi tujuan semakan transaksi.

Mangsa menurut Colin hanya menyedari yang dirinya menjadi mangsa penipuan selepas namanya disekat oleh suspek dari melakukan panggilan.

Kes kedua pula jelas beliau ianya melibatkan seorang peniaga berusia 42 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM5, 728.

Sebelum itu katanya, mangsa menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank negara yang memberitahu mangsa mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM4, 728.

Suspek kemudiannya menurut Colin mengarahkan mangsa merujuk kepada seorang pegawai bernama Encik Chong bagi melakukan semakan.

"Mangsa kemudiannya diminta supaya memberikan nombor kata laluan bagi tujuan melakukan semakan," ujarnya.

Sejurus itu katanya, mangsa menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari bank bahawa sebanyak RM8,320 wang dari akaunnya telah dilpindahkan ke akaun individu lain.

Mangsa yang merasa tertipu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah pada petang semalam bagi siasatan lanjut.

Kedua-dua kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
Next Post Previous Post