Dua penumpang China terselamat dari maut kerana tidak ikut penerbangan yang terhempas di Guangxi


KUNMING, China—Dua warganegara China terselamat daripada menjadi korban dalam nahas melibatkan sebuah kapal terbang yang terhempas di Guangxi, Isnin lalu.

Kedua-dua individu tersebut dikatakan tidak meneruskan penerbangan mereka menggunakan kapal terbang tersebut pada hari berkenaan.

Mereka tidak meneruskan penerbangan melibatkan pesawat Boeing 737-800, dari Kunming ke Guangzhou, China atas sebab berbeza

Memetik laporan New York Times, seramai 132 orang dalam pesawat tersebut yang terdiri daripada 133 penumpang dan sembilan kru.

Media tempatan melaporkan 133 penumpang dalam penerbangan tersebut.

Menurut China News Service, seorang penumpang dengan nama keluarga Xin sepatutnya dijadualkan dalam penerbangan tersebut tetapi teman lelakinya mencadangkan dia menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum penerbangan.

Ekoran itu, wanita tersebut akhirnya menukar jadual penerbangannya pada pagi berikutnya (22 Mac).

Selepas mendengar insiden yang meragut banyak nyawa itu, wanita terbabit menulis di media sosialnya, "I'm in a complicated mood now" (Emosi saya dalam keadaan sukar sekarang).


"My hands are shaking and I can't type. Thank you for your concern. I'm still in Yunnan, but I can't (fly) yet because I have a star (indicating that she is from a COVID-19 risky area) on my itinerary record." (Tangan saya masih terketar dan tidak dapat menaip. Terima kasih atas keprihatinan anda. Saya masih di Yunnan tetapi tidak boleh naik penerbangan kerana saya ada satu bintang (menunjukkan bahawa dia dari kawasan berisiko COVID-19) dalam rekod jadual perjalanan saya.)

Sementara itu, seorang penumpang berusia 24 tahun dengan nama keluarga Huang berubah fikiran 11 jam selepas membeli tiket penerbangan dan meminta bayaran balik untuk penerbangannya.

"Saya tidak menaiki pesawat penerbangan itu," katanya dalam video yang disiarkan dalam Jiu Pai News' Weibo.

"Penerbangan pertama dibatalkan, jadi saya meminta bayaran balik."

Penerbangan pertama Huang yang dirujuk ialah penerbangan sambung dari Tengchong ke Kunming.

"Terima kasih, rakan-rakan atas keprihatinan anda dan saya berharap mereka dalam penerbangan menuju ke destinasi dengan lancar dan selamat," tambahnya.

Dalam nahas itu, pasukan penyelamat tidak menemukan mangsa yang selamat di lokasi pesawat tersebut terhempas di Guangxi.
Next Post Previous Post