Dua ekor buaya gergasi sungai Igan ditangkap

Gambar dan video: Facebook Juanda Jaya

MUKAH— Dua ekor 'Sang Bedal' gergasi sepanjang 4 dan 4.5 meter berjaya ditangkap pasukan penguatkuasa di muara Sungai Igan pagi tadi.


Kedua-dua reptilia ganas itu yang viral di laman sosial Facebook dan tiktok pada minggu lepas telah menarik perhatian pihak bertanggungjawab bagi menangkap dan memindahkannya dari sungai berkenaan.


Kerja-kerja menangkap serta memindahkan buaya terbabit dijalankan dengan mengambil kira aspek keselamatan komuniti nelayan serta penduduk kampung yang mendiami tebingan Sungai Igan secara keseluruhannya.

Adalah difahamkan seekor lagi buaya sepanjang 6 meter dalam sungai berkenaan belum lagi berjaya ditangkap.



Next Post Previous Post