Cradle lancarkan siri "MyStartup Meet & Pitch"

Rafiza Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cradle. Gambar kredit Cradle

KUALA LUMPUR— Pemangkin start-up peringkat awal Malaysia, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), meneruskan momentum bertali arus program MYStartup dengan melancarkan satu lagi inisiatif “MYStartup Meet & Pitch“ di dalam usahanya mengukuhkan lagi ekosistem start-up di Malaysia.

Dijadual diadakan sekali pada setiap suku tahun 2022, MYStartup Meet & Pitch menyaksikan
Cradle menganjurkan tema yang berbeza di setiap sesi, menghubungkan start-up dari pelbagai latar belakang dengan bakal pelabur mereka.

Di dalam sesi pertamanya, acara itu menyaksikan barisan start-up dari segmen Teknologi Kesihatan menggunakan sepenuhnya masa yang diperuntukkan mereka bagi melontarkan idea dan dasar perniagaan mereka.

Tema lain yang telah dirancang sepanjang tahun ini termasuk; “ESG / Perusahaan Sosial”, “Teknologi / Kejuruteraan Mendalam”, dan “Teknologi Baru Muncul”.

Peserta MYStartup Meet & Pitch mendapat manfaat daripada sesi perkongsian oleh pakar industri yang dijemput khas. Gambar kredit Cradle

Hadir di sesi pertama siri tersebut, Rafiza Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cradle, menyatakan, “Di peringkat global, kita sedang menyaksikan komuniti start-up berkembang dengan pesat, lebih-lebih lagi kini, semasa tempoh pemulihan pasca COVID.

Cradle komited di dalam memainkan peranannya dalam membawa daya tarikan positif kepada ekosistem start up Malaysia dengan tujuan untuk melihat mereka berkembang, seterusnya menembusi peringkat serantau dan global.

Tinjauan semasa yang optimistik di dalam lingkungan pelaburan selaras dengan objektif
MYStartup Meet & Pitch dalam menyokong ekosistem start-up dengan menghubungkan dunia inovasi dan pelaburan, di mana mereka akan terus berinovasi dan berkembang. 

Pelabur memainkan peranan penting bukan sahaja dengan menyediakan modal kepada syarikat permulaan tetapi juga mengadakan dan memberikan tinjauan positif sebagai sebahagian
daripada pertumbuhan start-up," tambah Rafiza.

Cradle menyediakan ruang untuk para startup mengakses dana. Gambar kredit Cradle

Sementara menyediakan ruang untuk para startup mengakses dana, Cradle terus menawarkanaktiviti nilai tambah di acara-acara anjurannya. 

Peserta MYStartup Meet & Pitch berpeluang mendapat manfaat daripada sesi perkongsian oleh pakar industri yang dijemput khas sebelum sesi pitching mereka. 

Di penghujung acara, sesi pemadanan perniagaan di antara start-up dengan para pelabur akan diadakan dalam usaha membantu start-up meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pelaburan. 

Sama seperti program-program anjuran Cradle sebelum ini, MYStartup Meet & Pitch
melangkaui apa yang ditawarkan di atas kertas, serta pada hari acara itu sendiri. 

Ia lebih daripada sekadar cadangan perniagaan. Malah, ia membina hubungan dalam komuniti
techpreneur, menjalin komuniti rapat yang menyokong di antara satu sama lain melalui
kepakaran masing-masing.

MYStartup Meet & Pitch membantu menjalin komuniti rapat yang menyokong di antara satu sama lain melalui kepakaran masing-masing. Gambar kredit Cradle

Di antara start-up yang mengambil bahagian termasuklah, Queuemed Healthtech Sdn Bhd
(penyelesaian kesihatan dalam talian), Ubisana Innovations Sdn Bhd (ujian DNA), Padi Medical
System (pengimejan perubatan), PlusVibes (M) Sdn Bhd (penyelesaian kesihatan mental) dan
Physiomobile (perkhidmatan fisioterapi).

Manakala pelabur yang mengambil bahagian di dalam segmen Teknologi Kesihatan termasuklah Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP), Penjana Kapital, Venture Tech, Malaysian Business Angel Network (MBAN), RHL Venture dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk turut serta di dalam sesi-sesi akan datang, serta tema masing-masing di dalam siri MYStartup Meet & Pitch seperti tertera di bawah:

1) Mei 2022 - ESG / Perusahaan Sosial
2) Ogos 2022 - Teknologi / Kejuruteraan Mendalam
3)November 2022 - Teknologi Baru Muncul

MYStartup Meet & Pitch merupakan salah satu daripada program-program yang dirancang di
bawah Program MYStartup yang dilancarkan baru-baru ini pada Februari 2022. Dimulakan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dikuasakan oleh Cradle, program tersebut akan menyaksikan start-up yang turut serta mendapat manfaat daripada peluang pelaburan dan pelbagai program pembangunan.

Sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER), Program MYStartup turut merupakan Strategi MYStartup yang telah diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022, dengan Cradle sebagai agensi focal point bagi ekosistem start-up yang telah diberi mandat untuk memastikan strategi ini memberi manfaat kepada ekosistem secara keseluruhan.

Sejak penubuhannya, Cradle telah membantu lebih 1,000 start-up berasaskan teknologi
dengan membantu mereka merintis laluan kepada pengkomersilan di dalam perjalanan
pertumbuhan mereka, yang sekaligus membina negara melalui teknologi dan mempercepatkan
penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program MYStartup, layari www.mystartup.gov.my.
Next Post Previous Post