Cari nahas, lelaki baring atas jalan maut dilanggar van
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kemalangan jam 3.20 pagi itu mangsa dikenali Franchis Ong, 38, beralamat dari Jalan Lutong Pujut.
"Kemalangan melibatkan sebuah van yang dipandu seorang lelaki, 53, yang bekerja sebagai penjual sayur dan seorang pejalan kaki.
"Kemalangan berpunca apabila van terlanggar seorang pejalan kaki yang baring di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera di kepala dan badan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Miri menggunakan ambulans," katanya.
Alexson memberitahu siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pejalan kaki disyaki cuai berada di atas jalan (baring).
Tegasnya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987
Kata beliau lagi, polis telah melawat tempat kejadian, mengambil rajah kasar, memeriksa kamera liter tertutup (CCTV) sekiranya ada dan mengambil ukuran serta gambar tempat kejadian.
"Polis juga membuat soal siasat ke atas pemandu van terbabit dan menahan kenderaan yang terlibat untuk pemeriksaan PUSPAKOM," ujarnya.
Mangsa berada di Jabatan Forensik Hospital Miri untuk tindakan lanjut