Bomba tangkap ular sawa terperangkap dalam penghawa dingin
Kehadiran sang batik yang cuba berselindung dalam penghawa dingin disedari menyebabkan mereka memohon bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk menangkap reptilia terbabit.
JBPM yang dihubungi memberi respon pantas dan hadir kelokasi bagi memberi pertolongan dalam Operasi Khidmat Khas menangkap ular.
Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat BBP Betong PBK1 Henry Jugah memberitahu tiga anggota telah dikerah untuk memberi pertolongan.
"Ketika kami tiba, dimaklumkan tentang lokasi ular tersebut iaitu dalam penghawa dingin.
"Anggota kami terus menjalankan operasi menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut ular sehingga berjaya ditangkap.
Henry memberitahu demikian ketika ditanya berhubung penangkapan ular sawa batik di PMBS tersebut.
"Ular sawa batik sepanjang lebih dua kaki itu juga telah dibawa dan dilepaskan ke habitat asalnya," ujarnya.