Berputih mata dua blok kediaman, tujuh kereta terbakar sekaligus di Samalaju

Gambar PGO Sarawak

BINTULU— Pekerja syarikat pembinaan di Taman Perindustrian Samalaju tinggal sehelai sepinggang selepas dua blok kediaman mereka musnah dalam kebakaran tengah hari semalam.

Kebakaran turut memusnahkan tujuh kereta yang diletakkan di hadapan kediaman itu dengan satu daripadanya musnah 100 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak hari ini mengesahkan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 12.42 tengah hari bagi memadam kebakaran yang berlaku.


“Sejurus sampai di lokasi kebakaran katanya, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan dua blok kuarters pekerja jenis tidak kekal itu.

"Pasukan bomba mengambil masa hampir 3 jam bagi memadam kebakaran yang mana api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.29 petang," jelas beliau.

Mujurlah katanya kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Next Post Previous Post