Beroperasi tanpa lesen, empat individu berhadapan hukuman denda RM20,000, penjara
Gambar PDRM Bintulu |
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam serbuan itu empat individu termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan Sarawak (2000) kerana beroperasi tanpa lesen.
"Selain itu, 18 peralatan hiburan turut dirampas serta disita dari premis terbabit sebagai bahan bukti kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabit kesalahan, empat individu terbabit berhadapan dengan hukuman denda sebanyak RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Zulkipli dalam masa sama menasihatkan pemilik premis agar tidak membuat bising selepas jam 12 tengah malam kerana ia boleh menganggu ketenteraman awam.
Semasa serbuan itu, anggota Penguatkuasaan turut memberikan peringatan kepada penjaga serta pengunjung premis perniagaan seperti bistro agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 yang masih merebak pada masa sekarang.