APM musnahkan sarang lebah sebesar bola


MIRI- Dua sarang lebah sebesar bola berjaya dimusnahkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Miri malam Isnin di siling luar tingkat enam bangunan Pustaka Sarawak Miri.


Menurut pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, seramai tujuh anggotanya telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan penemuan sarang lebah terbabit pada jam 8.14 malam.

"Anggota kita berjaya memusnahkan sarang lebah tersebut dengan menggunakan teknik semburan Ridsect dan api," ujarnya.


Operasi tamat sekitar 9.28 malam.

Difahamkan, penemuan itu dibuat seorang lelaki berusia 42 tahun yang kebetulan berjalan di sekitar kawasan terbabit.

"Beliau memberitahu terlihat dua sarang lebah bergantung di siling luar bangunan Pustaka Miri di tingkat 6 dengan saiz sebesar bola sepak, kerana bimbang ia boleh mendatang bahaya kepada pengunjung , beliau telah menghubungi APM Miri untuk tindakan lanjut," Usman berkata.
Next Post Previous Post