Angkara dadah, anak derhaka tumbuk bapa, ugut ibu

Gambar hiasan

MIRI— Seorang pemuda menumbuk bapa kandungnya serta mengugut emaknya apabila ibu dan ayah beliau enggan memberinya wang untuk membeli dadah.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah panjang di Suai Niah sekitar jam 4 petang semalam, suspek berusia 21 tahun naik berang lalu merosakkan pagar kayu di hadapan rumah.

Kedua-dua mangsa telah melarikan diri kerana ketakutan, namun dikejar oleh suspek yang kemudian bertindak menumbuk ayahnya.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat.

Bertindak daripada laporan diterima, anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Batu Niah telah menahan suspek beberapa jam selepas kejadian untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Next Post Previous Post