Ajal ketika melintas jalan
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Stapa Anak Kunsil, 47 tahun, berasal dari Rumah Gundol Ulu Sikat, Mukah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.
"Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.30 malam di Jalan Mukah Selangau melibatkan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 68 tahun dan seorang pejalan kaki.
"Semasa kereta bergerak lurus dari arah Selangau menuju ke arah Mukah, tiba di suatu tempat di jalan Mukah Selangau telah melanggar pejalan kaki yang melintas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Alexson memberitahu selepas itu pemandu kereta terus ke Balai Polis Selangau.
"Akibat kemalangan itu, pejalan kaki terbabit telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya.
Tegasnya, polis telah membuat tangkapan terhadap pemandu kereta tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah sek 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kes masih dalam siasatan.