61 kompaun bernilai RM61, 000 dikeluarkan di Kuching


KUCHING—Polis mengeluarkan sebanyak 61 kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM61,000 sepanjang Op Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi tempoh 18 hingga 24 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kompaun itu dikeluarkan hasil tindakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Akta 342.

"Daripada jumlah tersebut seramai 40 lelaki dan 18 perempuan dikompaun dengan nilai kompaun sebanyak RM58,000.

"Manakala kompaun ke atas premis sebanyak tiga kompaun dengan nilai kompaun RM3,000,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya kesalahan yang kerap dilakukan sepanjang minggu lepas masuk adalah gagal mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera.

Tegasnya lagi, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021.

"Polis mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama," ujarnya.
Next Post Previous Post