4 mati, Sarawak masih catat 3 angka kes

Gambar hiasan kredit unsplash

KUCHING—Sarawak merekodkan penurunan jumlah kes harian positif baharu daripada empat angka kepada tiga angka iaitu 965 kes hari ini berbanding 1,354 kes semalam.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan, terdapat empat kematian direkodkan hari ini, kesemua melibatkan golongan warga emas.

Mengulas lanjut kes positif baharu, JPBNS berkata, daripada 965 kes direkodkan hari ini, 480 merupakan kategori satu (tiada gejala), 471 lagi kategori dua (gejala ringan), enam pula kategori tiga (jangkitan paru-paru), lima kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan tiga adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak kini 279,596.

"Daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 446 kes diikuti Miri (133), Sibu (75), Bintulu (68), Serian (54), Samarahan (34), Sarikei (16), Mukah (15), Limbang (14), Sri Aman (13), Meradong (11), Betong (9), Dalat (9), Simunjan (8), Kapit (6), Marudi (6), Lawas (6), Matu (5), Daro (5), Bau (4), Kabong (4), Pusa (4), Subis (4), Lundu (3), Saratok (3), Selangau (3), Kanowit (2), Tebedu, Asajaya, Pakan, Telang Usan dan Song masing-masing satu kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kematian pula, jawatankuasa itu memberitahu, empat kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak dari 10 hingga 13 Mac 2022.

"Pada 10 Mac, seorang lelaki warga emas, 72 di Sarikei dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 dan kes dikategorikan sebagai kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang mana mangsa mempunyai ko-morbid darah tinggi dan kencing manis, tambahnya.

"Manakala Dua kematian baharu dilaporkan pada 11 Mac iaitu seorang lelaki, 82, dari Serian , juga dikategorikan sebagai BID dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan seorang wanita, 83 tahun dari Sibu, meninggal dunia di Hospital Sibu dan mempunyai ko-morbid darah tinggi, kencing manis, dislipdemia serta kanser, jelasnya.

Tambahnya, kes kematian keempat iaitu pada 13 Mac melibatkan lelaki, 78 dari Serian. Mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mempunyai ko-morbid darah tinggi.

Selain itu, JPBNS memaklumkan terdapat enam kluster COVID-19 masih aktif di Sarawak yang mana Kluster DTI Semuja 3, Serian merekodkan penambahan sembilan kes baharu.
Next Post Previous Post