3 penyangak curi baja sawit ditahan
Ketiga-tiga suspek bersama baja sawit yang dicuri. Gambar kredit IPD Miri |
Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari semasa mengesahkan penahanan itu berkata, perbuatan ketiga-tiga suspek terbongkar pada petang Selasa.
“Semasa pemeriksaan polis menemukan empat guni baja sawit seberat 50 kilogram (kg) dengan anggaran nilai keseluruhan RM500 dalam kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga suspek,” katanya.
Hakemal menambah, suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.