Wanita Hanya Mampu Berputih Mata, Kereta Terbakar Depan Mata

MUSNAH: Kebakaran yang memusnahkan keseluruhan bahagian enjin kereta milik seorang wanita di salah sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju, petang semalam.

BINTULU: Seorang wanita yang merupakan pekerja ladang hanya mampu berputih mata selepas kereta jenis Mazda miliknya musnah dalam kebakaran yang berlaku di dalam kawasan perumahan ladang di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Hashim Norshidi dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Samalaju digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung insiden pada jam 1.34 petang.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sudah berjaya dipadam oleh pekerja ladang berkenaan dengan menggunakan alat pemadam api'" jelas beliau.


Hasil pemeriksaan katanya mendapati kereta terbabit musnah sepenuhnya pada bahagian hadapan enjin di komponen enjin kenderaan.

Bagaimanapun, punca kebakaran belum lagi dapat dipastikan yang mana siasatan terperinci akan dijalankan oleh unit forensik bomba bagi mengetshui punca sebenar berlaku kebakaran.


"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa buat pemiliknya," tambah beliau.

Selepas menjalankan 'size up' dan keadaan disahkan selamat, pasukan BBP Samalaju menamatkan operasi pada jam 2 petang dan balik semula ke balai.
Next Post Previous Post