SPay Global mudahkan penjaja di Bintulu
Timbalan Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah berkata, pembayaran kutipan harian menggunakan SPay Global jauh lebih cepat berbanding cara konvensional yang menggunakan pembayaran secara tunai dan resit.
"Sudah sampai masanya para penjaja termasuk peniaga di pasar tamu dan pasar malam mempraktikkan cara pembayaran secara talian yang lebih efisyen dan pantas," jelas beliau.
Katanya, inisiatif ini dalam masa sama menggalakkan para penjaja untuk melakukan urusan pembayaran secara talian sekaligus menyahut seruan kerajaan negeri yang ingin memajukan industri digital.
Abdul Rahim menambah, para penjaja yang membayar secara talian turut mendapat pelbagai ganjaran menarik seperti baucar tunai.
SPay Global telah dilancarkan pada 15 November 2017 oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Fokus utama aplikasi ini adalah untuk menggalakkan pengguna aplikasi memuat pembayaran tanpa tunai.