Satu lagi tarikan pelancongan di Miri gulung tikar?
MIRIโ Sebelum COVID-19
membadai, Taman Buaya Miri dan Zon Mini di Kuala Baram kerap dipenuhi
pengunjung yang mahu merasai pengalaman menarik melihat pelbagai hidupan liar di
sini.
Lazimnya setiap hujung
minggu dan cuti umum, taman ini menjadi tumpuan khususnya pelancong dari Brunei
selain pengunjung tempatan untuk aktiviti bersama keluarga.
Terdapat lebih 1,000
buaya pelbagai spesies selain hidupan liar seperti burung, beruang, ular dan
rusa.
Pengunjung berpeluang melihat dan mengenali lebih 1,000 buaya pelbagai spesis buaya selain menyaksikan persembahan menarik memberi buaya makan.
Namun sejak sempadan
Sarawak dan Brunei ditutup berikutan penularan COVID-19, suasana kemeriahan di
taman buaya yang terbesar di utara Sarawak itu bertukar suram dan sepi.
Kini taman buaya
tersebut hanya bergantung dengan pengunjung tempatan untuk meneruskan
kelangsungan. Malah semasa perintah berkurung tahun lepas, taman itu
melancarkan projek haiwan angkat bagi mengumpul dana untuk membiayai operasi
dan pengurusan haiwan-haiwan di taman itu.
Tinjauan Borneo
Network di media sosial Facebook mendapati, ada pengunjung yang mengambil berat
dan khuatir taman itu ditutup sekiranya berterusan tiada pengunjung.
โ๐๐๐จ๐๐๐ฃ๐ฃ๐ฎ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ฉ๐๐ฃ๐๐ค๐ ๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ ๐๐ช๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐ฉ ๐๐ช๐๐ก๐ ๐ฝ๐๐ง๐๐ข ๐ฃ๐, ๐ฉ๐๐ ๐ง๐๐ข๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐๐ช๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ช ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ฃ๐, ๐๐๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐ก๐. ๐ฟ๐๐ฃ๐๐๐ง-๐๐๐ฃ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ ๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐๐ก ๐ฉ๐ช๐ฉ๐ช๐ฅ. ๐ฝ๐๐จ๐ฉ ๐๐๐ ๐ข๐๐๐๐ข-๐ข๐๐๐๐ข ๐๐๐๐ฌ๐๐ฃ,โ kata seorang pengunjung Alice Lynnas melalui
hantaran di Facebook pada 12 Februari.
Pemilik akaun media
sosial itu turut memuat naik sekeping gambar sedang berinteraksi dengan seekor
kera.
Hantaran itu turut mendapat banyak reaksi dan komen daripada pembaca. Rata-rata pengguna media sosial itu mengeluh harga tiket yang mahal menyebabkan mereka berat hati untuk melawat taman tersebut.
Sejak dibuka semula,
bayaran tiket yang dikenakan sebanyak RM40 untuk dewasa manakala RM20
kanak-kanak. Bagi yang menunjukkan MyKad, bayaran sebanyak RM25 (dewasa)
manakala RM15 (kanak-kanak).
Bagi pelancong Brunei,
harga tiket ini murah kerana ia sekitar B$4 hingga B$10. Namun bagi penduduk
tempatan agak membebankan terutama yang ramai ahli keluarga.
Pengguna media sosial
mencadangkan agar pihak pengurusan taman buaya mengurangkan harga tiket demi
kebaikan bersama terutama semasa semua terjejas teruk kerana COVID-19.
Seorang netizen Nori
Aren berkata, โ๐ฝ๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ฅ๐๐ง๐๐, ๐๐ช๐๐ ๐ก๐๐ ๐ฉ๐ช๐ง๐ช๐ฃ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฉ ๐ข๐๐จ๐ช๐ ๐ฉ๐ช. ๐๐๐จ๐ฉ๐ ๐จ๐๐ข๐ช๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐ข๐๐จ๐ช๐ . ๐๐๐ง๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐ฉ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ก๐๐ก๐ช ๐ข๐๐๐๐ก ๐ข๐๐ฃ๐ฎ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ง ๐๐ช๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ฃ๐๐ -๐๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ ๐จ๐๐ฃ๐ ๐ฌ๐๐ก๐๐ช๐ฅ๐ช๐ฃ ๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐จ๐๐ก๐๐ก๐ช ๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐ ๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐ ๐ ๐จ๐๐ฃ๐,โ katanya.
Pemilik Facebook
Fatihah Nur Aafiyah pula berharap pihak taman buaya mendengar keluhan ibu bapa
dan orang ramai untuk menurunkan tiket bagi mengalakkan lebih ramai pengunjung
tempatan pergi ke taman itu.
โ๐๐๐ข๐ค๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ ๐๐ช๐๐ฎ๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ช๐๐๐ฃ ๐๐๐ช ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฃ ๐ค๐ง๐ ๐ง๐๐ข๐๐. ๐๐๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ ๐๐ ๐ฉ๐ช๐ฉ๐ช๐ฅ ๐ ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐ฉ ๐ข๐๐๐๐ก, ๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐ก๐๐ ๐ฉ๐ช๐ง๐ช๐ฃ๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐ฉ,โ katanya sambil berharap taman itu tidak ditutup.
Namun ada juga di
kalangan netizen turut menyatakan sokongan dan menyifatkan tiket yan dikenakan
berbaloi dengan apa yang ditawarkan oleh pengurusan taman buaya.
Menurut Puteri Nieza
Aiza II, walaupun tiket agak mahal namun kunjungan ke sana berbaloi dengan bayaran
yang dikenakan.
โ๐ฝ๐๐จ๐ฉ ๐ฉ๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ ๐ฎ๐, ๐ ๐๐ข๐๐ ๐จ๐๐ก๐๐ก๐ช ๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐๐ข๐ ๐๐ฃ๐๐ -๐๐ฃ๐๐ . ๐๐ช๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ข๐๐ข๐๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ฌ๐๐ฃ ๐๐ ๐จ๐๐ฃ๐,โ tulisnya.
Seorang lagi netizen
Rosila Eyla berkata, โ๐จ๐๐ ๐๐ง๐๐ฃ๐ ๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ ๐ข๐๐๐๐ก ๐จ๐๐จ, ๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ข ๐๐ช๐๐. ๐๐ฉ๐ช ๐ฅ๐ช๐ฃ ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ ๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ข๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ช๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ง๐๐."
Sebelum ini pihak pengurusan Taman Buaya Miri melalui Facebook memberitahu, mereka peka dengan keluhan dan cadangan orang ramai untuk menurunkan harga tiket yang mahal.
Namun, katanya orang
awam harus memahami situasi bahawa mereka bukan pertubuhan amal atau organisasi
yang dibiayai kerajaan.
โApa yang kami lakukan
adalah untuk kemampanan taman dan zoo ini. Kami juga menanggung kos membeli
makanan untuk lebih 1,000 ekor buaya, binatang dan hidupan liar yang dalam
jagaan.โ
โSelain itu kami perlu
membayar gaji pekerja selain kos penyelenggaraan untuk memastikan taman ini
diurus dengan baik demi keselamatan dan keselesaan pengunjungโ katanya.
Tambahnya, walaupun
taman tersebut ditutup kepada orang awam selama hampir dua tahun berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya berterusan menyelenggara taman dan
zoo dan membayar gaji pekerja.
โSehubungan itu, kami
berharap oranng awam dapat memahami situasi yang kami hadapi. Sokongan anda semua dapat membantu kami
memelihara dan menjaga hidupan liar ini dengan baik,โ katanya.
Beliau turut
mencadangkan orang ramai agar memilih pakej lawatan yang bersesuaian dengan
keperluan.
Katanya,mereka
menawarkan dua harga tiket yang berbeza iaitu RM40 untuk dewasa manakala RM20
kanak-kanak.
โNamun penduduk
tempatan boleh mendapatkan diskaun harga iaitu RM25 untuk dewasa manakala RM15
kanak-kanak dengan menunjukkan Mykad semasa berurusan di kaunter tiket,โ
katanya.
Dalam pada itu,
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatan ke Brunei semalam
memberitahu sempadan Malaysia tidak akan dibuka dalam masa terdekat sebaliknya
mungkin selepas Mac.
Apa yang pasti, nasib rakyat khususnya di Limbang dan Lawas, peniaga dan pengusaha taman buaya akan terus terjejas. Mungkin ini satu peringatan kepada Sarawak agar tidak terlalu bergantung dengan Brunei.