Saksi akui tiada catatan siasatan Ibu Yati

KUALA LUMPUR : Saksi keempat perbicaraan terhadap wartawan wanita berhubung pertuduhan berkaitan isu Covid-19 di laman sosial FB miliknya yang dilakukan Februari 2020, mengakui tiada catatan siasatan terhadap Ibu Yati ketika memberi keterangan.


Terdahulu, Wan Noor Hayati yang dikenali Ibu Yati yang sebelum ini didakwa tiga pertuduhan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam telah dimohon pihak Pendakwaraya (DPP) untuk dipinda pertuduhan kepada Seksyen 505 sahaja.

Pada perbicaraan hari ketiga ini, Ibu Yati yang diwakili peguam Dato' Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos meminta saksi keempat Timbalan Pendakwa Raya iaitu Inspektor Shateeshkumar dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Tinggi (USJTT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyerahkan buku diari catatan siasatan kes Ibu Yati.

Saksi memaklumkan tiada catatan di buat selepas memanggil pengarang berita itu untuk memberi keterangan.

Dr Jahaberdeen turut bertanya adakah pendakwaan dibuat berikutan arahan politik ketika itu menyebabkan tiada catatan dibuat tetapi pihak polis tetap meneruskan pendakwaan.

Saksi bagaimanapun tidak bersetuju.

Dr Jahaberdeen seterusnya bertanya sama ada pegawai penyiasat ada mendapatkan maklum balas atau siasatan isu-isu perkauman berhubung kenyataan Ibu Yati daripada mana-mana pihak sama ada polis, tentera, jabatan kerajaan dan lain-lain.

Saksi memaklumkan tidak membuat siasatan lanjut.

Dr Jahaberdeen bertanya adakah pegawai penyiasat menjalankan siasatan apakah itu Dong Zong, kerajaan mana dirujuk sebagai 'kerajaan mereka', perkataan ECRL dan Resident Evil.

Pegawai itu mengakui tiada siasatan lanjut dibuat dan tiada pengetahuan subjek yang ditulis.

Saksi mengesahkan tiada laporan polis dibuat oleh orang awam, tentera atau pekerja kapal.

Katanya hanya satu laporan polis sahaja daripada polis dibuat terhadap Ibu Yati.

Dr Jahaberdeen bertanya lagi apakah pandangan saksi berhubung posting FB Ibu Yati pada Januari 2020, "1,000 pelancong China tiba di Penang....agaknya kalau LGE kena baru nak darurat?

Peguam bela itu bertanya lagi adakah bimbang jika kerajaan tak ambil tindakan awal satu kesalahan jenayah?

Inspektor itu mengatakan kebimbangan itu bukan satu kesalahan jenayah.

Pada perbicaraan hari kedua lalu, Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengasak saksi kedua DPP iaitu seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta saksi menjelaskan pernyataan saksi yang mendakwa tidak boleh akses dokumen penting iaitu penyiaran di FB Ibu Yati atau ia telah dipadam.

Dr Jahaberdeen mengasak agar saksi menjelaskan pernyataan itu kerana ia berbentuk anggapan semata-mata dan mempersoalkan kenapa dokumen penting tersebut tidak dinyatakan atau seolah disembunyikan kepada pengetahuan pihak mahkamah.

Pada pemahaman orang awam, saksi akui tiada dokumen atau bukti yang dikemukakan yang bererti tiada jenayah boleh disabitkan atau dengan kata lain hanya tuduhan palsu atau fitnah berniat jahat dan, persoalannya kenapa defendan dituduh di bawah Akta Jenayah jika tiada jenayah dilakukan?

Akhirnya saksi kedua itu mengakui dokumen penting berkenaan gagal ditemui malah ketika ditanya Jahabardeen, beliau mengakui ketiga-tiga paparan skrin FB terbabit tidak menakutkan atau menimbulkan kegentaran pada pihak dirinya.

Saksi akui ketiga-tiga penyiaran FB berkenaan dibaca mengikut andaian peribadinya yang tidak tahu benar atau salah, tidak disemak dan tidak disahkan terlebih dahulu sebelum didakwa.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Ogos tahun 2020 melepaskan tanpa dibebaskan Ibu Yati berhubung pertuduhan berkaitan isu Covid-19 di laman sosial miliknya pada Februari 2020.
Next Post Previous Post