Polis tangkap orang kurang siuman untuk dirawat

Salah seorang gelandangan yang ditangkap PDRM di Dataran Esplanade semalam,kerana didapati menganggu serta mendatangkan ancaman buat orang awam.


BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu berjaya menangkap lima orang gelandangan dan kurang siuman yang dilaporkan menganggu kenteteraman awam di bahagian ini, kata Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili.


Semalam katanya, pasukan polis sudah menahan seorang lelaki yang merupakan gelandangan mabuk yang dilaporkan menganggu serta melakukan ugutan terhadap orang awam yang lalu-lalang di kawasan pasar lama dan Dataran Esplanade Bintulu.

 

Menurutnya, kes lain yang dilaporkan sebelum ini melibatkan tiga orang kurang siuman yang menganggu kenteteraman awam sekitar bahagian ini yang melibatkan dua orang lelaki dan seorang wanita sudah ditangkap polis serta diserahkan kepada Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.


"Pasukan polis turut berjaya menahan seorang lelaki yang melakukan jenayah harta benda dengan melemparkan batu ke cermin kenderaan orang awam di sini yang mana suspek sudah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 24 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan buat orang awam," ujarnya.


Lelaki yang dikenali sebagai Amir yang sering melakukan amang dengan menggunakan pisau tiruan dan mainan kepada orang awam yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Zulkipli berkata suspek kes baling batu ke kenderaan orang awam itu sudah dituduh di Mahkamah Bintulu dan dikenakan tindakan undang-undang.


Zulkipli berkata, satu kes yang menarik perhatian ialah kes seorang lelaki gelandangan yang viral bernama Amir yang mengacu pisau tiruan dan pisau mainan kepada orang awam di hadapan CIMB Bank kawasan Medan Sentral Bintulu yang sebelum ini menakutkan orang awam yang mana beliau sudah ditahan dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.


"Dengan selesainya kes yang mendatangkan kebimbangan serta menganggu ketenteraman awam ini sekaligus membolehkan orang awam menikmati kehidupan yang lebih baik dan aman terutamanya sekitar Bandar Bintulu," tambah beliau.

Next Post Previous Post