Polis tahan 23 individu terbabit dadah

Foto : Rampasan dadah semasa serbuan 

KUCHING: Seramai 23 individu termasuk dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah selepas dua sarang penagihan digempur di sekitar daerah ini minggu lalu.ì


Suspek berusia antara 20 hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi tempoh 31 Januari hingga 6 Februari 2022.


Ketua Polis Daerah Kuching, Ashmon Bajah berkata, serbuan dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Pasir Pandak, Kampung Pinang Jawa, Jalan Tabuan dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

"Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dadah jenis syabu seberat 16.75 gram dan empat suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau kesalahan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ashmon berkata, sebanyak 19 tangkapan berjaya dilakukan menerusi operasi serbuan yang dijalankan minggu lalu.

Daripada jumlah itu katanya, dua kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), enam kes Seksyen 13(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 11 kes Seksyen 15(1)(A) ADB 1952.

Next Post Previous Post