Polis bantu wanita bawa bayi merayau tanpa haluan
Wanita dan anaknya yang masih kecil menjadi viral sejak dua hari lepas sedang disoal PDRM sebelum menghantar kedua-duanya ke kediaman mereka di RPR Sungai Plan. |
Jurucakap PDRM Bintulu berkata, tindakan diambil selepas tular dalam laman Facebook gambar dan video seorang wanita dan bayinya yang masih kecil dilihat berada di kawasan kedai tanpa hala tuju.
"Selepas dilihat merayau-rayau berada di luar kawasan kedai, wanita terbabit bersama bayinya dilihat berada di sebuah premis malam tadi menyebabkan pasukan polis menyoal beliau dan mengatakan dirinya tinggal di RPR Sungai Plan," jelas beliau.
Atas nasihat anggota PDRM, maka wanita tersebut akhirnya setuju untuk dihantar balik ke rumah.
Bagaimanapun katanya, tidak diketahui punca sebenar wanita terbabit membawa anaknya yang masih kecil berada di luar rumah dalam jangkamasa yang cukup lama.
PDRM dalam pada itu berkata tindakan menghantar wanita dan bayinya ke rumah adalah sebagai tanda menjaga keselamatan kedua-dua anak beranak itu dari sebarang kejadian tidak diingini.
Tambahan pula, dengan situasi COVID-19 yang masih menular pada masa sekarang menyebabkan tindakan menyelamatkan kedua-duanya dari terdedah terlalu lama di luar rumah tanpa alasan yang munasabah.