Penumpang Tersepit, Perodua Axia Terperosok Bawah Lori


BINTANGOR: Kereta Perodua Axia terperosok di bawah bahagian depan lori 10 tan selepas bertembung dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Kelupu, di sini, petang tadi.

Ketua Operasi,PPgB Nicholas Belulin berkata, pihak menerima laporan berhubung kes itu jam 3.31 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.


"Mangsa penumpang lelaki berusia 27 tahun Perodua Axia tersepit manakala pemandu berusia 21 tahun cedera ringan.

"Pemandu lori lelami berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, selesai mengeluarkan mangsa,pihak Bomba mengalihkan kenderaan Perodua Axia ke tempat yang selamat di tepi jalan dan membuat kerja-kerja pembersihan.

"Ini bagi membersihkan jalan daripada sisa kaca pecah dan tumpahan minyak akibat pelanggaran," ujarnya.
Next Post Previous Post