Penduduk Uma MU Lato tarik nafas lega, miliki jeti baharu yang lebih selesa

Gambar kredit JKR Bahagian Kapit

BELAGA—Penduduk di Uma MU Lato, Long Amo, Belaga kini menarik nafas lega apabila projek Bina Baharu Jeti di situ siap dilaksanakan. 

Projek tersebut adalah salah satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi I (Telekomunikasi), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga. 


"Skop kerja bagi projek tersebut melibatkan pembinaan jeti besi dari tebingan sungai menuju ke kawasan rumah panjang. 

"Projek ini dilaksanakan pada 10 Oktober 2021 dan siap dilaksanakan pada 18 Februari 2022," kata Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit. 

Jelasnya, lawatan tapak bagi pemeriksaan terakhir (Final Inspection) untuk projek Bina Baharu Jeti di Uma MU Lato, Lg. Amo, Belaga telah dilakukan pada 24 Februari 2022. 


"Dengan siapnya pembinaan jeti tersebut, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk rumah panjang untuk turun dari tebingan sungai di mana terletaknya sampan mereka," tambahnya. 

Turut sama dalam lawatan itu Wakil Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Kapit Herold Henry Ajol, Maren Uma (M.U) Lato Juman dan kontraktor Syarikat Usahasama Baima.
Next Post Previous Post