Pencuri motosikal sembunyi bawah tangga dipenjara
Gambar sekadar ilustrasi |
Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu ke atas Oliver Ling, 45, selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama.
Zubaidah turut memerintahkan hukuman penjara dikuatkuasakan mulai hari ini.
Mengikut pertuduhan, Oliver yang beralamat di Taman Desa Wira itu cuba mencuri sebuah motosikal mangsa berusia 62 tahun pada 13 Februari lepas, jam lebih kurang 2.30 pagi di sebuah rumah flat di Jalan Batu Kawa, di sini.
Memetik Utusan Borneo Online, mangsa (pengadu) ternampak kelibat tertuduh sedang memotong rantai mangga motosikal miliknya yang diletakkan di bawah flat tersebut.
Pengadu terus turun bersama anaknya dan menyaksikan sendiri tertuduh menarik keluar motosikal tersebut.
Sebaik sahaja sedar kehadiran pengadu, tertuduh terus melarikan diri meninggalkan motosikal pengadu dan bersembunyi di bawah tangga berhampiran tepi parit.
Pengadu dan anaknya bersama beberapa orang kawan yang tinggal di flat tersebut telah mengejar dan berjaya menahan tertuduh sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.