Nasib penduduk Sungai Bengkoka seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’
Mereka terpaksa menggunakan perahu ke sekolah selepas jambatan gantung rosak teruk akibat banjir. Gambar kredit The Borneo Post |
Sejak itu, penduduk kampung termasuk 58 murid dari lima buah sekolah terpaksa menggunakan perahu menyeberangi Sungai Bengkoka untuk ke sekolah.
Ketua Kampung Bilangau, Besar Eddword Upak berkata, mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya cara untuk ke seberang walaupun terpasa membayar RM2 untuk setiap perjalanan.
“Kami berharap masalah ini diberi perhatian sewajarnya dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan.”
“Sungai Bengkoka ini berbahaya terutama musim hujan. Kami tidak mahu mengambil risiko tambahan pula ia ada buaya,” katanya dipetik The Borneo Post.
Beliau menambah, murid-murid sekolah berkenaan adalah dari Kg Bilangau Besar, Kg Sapatalang, Kg Salungkapit, Kg Mandurian Laut dan Kg Kobon.
Katanya, jambatan gantung tersebut perlu diperbaiki dengan segera.
“”Jambatan ini adalah nadi kepada kami untuk pergi ke klinik kerajaan, sekolah rendah dan menjalankan aktiviti harian,” katanya.
Tambah beliau, antara kampung yang terletak di sepanjang tebing sungai ialah Kg Bilangau Besar, Kg Salungkapit, Kg Sapatalang, Kg Mandurian, Kg Mandurian Laut, Kg Kobon, Kg Parupuk, Kg Lugu, Kg Bitulung dan Kg Dandun Laut.