Nanta diuji positif COVID-19
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi |
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya Nur Aqidah Azizi menerusi pesanan ringkas WhatsApp hari ini dalam kumpulan media bagi kementerian itu.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat (YB) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP telah disahkan positif COVID-19 melalui ujian PCR yang telah dibuat kali kedua hari ini, 27 Februari 2022 berikutan keputusan ujian pertama yang telah dibuat pada 26 Februari 2022 adalah 'Inconclusive'," katanya.
Sehubungan itu, beliau mewakili pihak Menteri, memohon maaf di atas kesulitan yang timbul.
"Bagi pihak YB Menteri, saya memohon maaf di atas kesulitan kepada semua sahabat media yang hadir baru-baru ini di program YB Menteri," tambahnya.
Oleh itu, beliau memohon para media yang pernah membuat liputan program bersama menteri menjalankan ujian kendiri.