Miliki 204 Gram Ganja, Dua Sahabat Berdepan Hukuman Mati Mandatori
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 21 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching dalam serbuan di Tabuan Jaya jam 10 malam.
"Dadah disyaki ganja anggaran berat kasar 204 gram dengan anggaran harga pasaran RM 2,800 turut dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kedua-dua suspek yang tidak mempunya rekod kesalahan lampau juga positif ganja.
"Mereka ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," tegasnya.