Maghribi: usaha selamatkan kanak-kanak terjatuh dalam perigi diteruskan

CHEFCHAOUEN (Maghribi), 5 Feb -- Operasi penggerudian secara mendatar dilancarkan demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Stesen televisyen tempatan Channel 2 menerusi laman Facebooknya berkata operasi menyelamat kanak-kanak bernama Rayan terus dijalankan, di bandar Shafshavan, utara negara itu.

Pasukan penyelamat telah bekerja selama kira-kira 76 jam, dan operasi penggerudian mendatar dimulakan dengan menggunakan paip konkrit demi menjamin keselamatan kanak-kanak itu, katanya.

Rayan telah terperangkap di dalam perigi kering itu sedalam 32 meter sejak tengah hari Selasa.

Rakaman dari kamera yang dibawa turun ke dalam perigi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu masih hidup dan sedar.
Pasukan penyelamat turut menurunkan topeng oksigen.

Sebuah helikopter siap siaga membawa Rayan ke hospital terdekat.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post