Lelaki Warga Asing Miliki Syabu Dicekup Polis
DIRAMPAS: Dadah jenis syabu yang dirampas dari suspek dalam serbuan yang dijalankan pasukan BSJND IPD Marudi di sebuah rumah tidak bernombor di ladang kelapa sawit pada Isnin |
Jurucakap BSJND IPD Marudi berkata, serbuan yang dijalankan ke atas sebuah rumah tidak bernombor itu telah berjaya merampas satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di kawasan perumahan pekerja ladang terbabit," ujar beliau.
Hasil semakan yang dijalankan katanya mendapati suspek turut tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.
Suspek kemudiannya dibawa ke Lokap Balai Polis Marudi dan akan dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan.
Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.