Lelaki maut, motosikal langgar Axia


KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Ming Chung, Batu Kawah di sini pagi tadi.


Mangsa dikenalpasti sebagai Chong Chuang Loong, 50 , dari RPR Matang Malihah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.38 pagi sebelum menggerakkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Manakala pemandu kenderaan Perodua Axia, 21 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Next Post Previous Post