Lelaki maut dihempap lori


BETONG: Seorang lelaki maut selepas Lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri yang berlaku di KM10 jalan Betong- Sarikei berdekatan Simpang Maja dekat sini.


Mangsa, Ayuh Imau, 39, maut dipercayai tersepit di bawah kenderaan dengan sebahagian tangan tersepit di bawah lori menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar.


"Pasukan Penyelamat terpaksa mengambil masa sekitar 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kami terpaksa menggunakan bantuan jentera jengkaut dari TRC Pan Borneo untuk mengangkat lori sebelum berjaya mengeluarkan mangsa," kata Komander Operasi, PBKII Jusmandie Jamaie.


Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.24 pagi memaklumkan tentang kemalangan tersebut.


"Setibanya di lokasi sekitar jam 9.30 pagi pihak bomba mendapati sebuah lori muatan sepuluh tan dalam keadaan terbalik setelah terlibat dalam kemalangan kendiri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post