Lelaki ‘ghaib’ ketika pasang jerat
Gambar kredit JBPM |
Mangsa Mohamad Saiful Harun, 40 tidak pulang ke rumah sejak Isnin sebelum usaha pencarian awal dilakukan abang mangsa dan rakannya di kawasan hutan tersebut.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata abang mangsa kemudiannya memeriksa motosikal mangsa dan mendapati motosikal mangsa masih parkir dilokasi pada Rabu.
“Sebaik pencarian dilakukan abang mangsa serta rakannya tidak menemui mangsa, mereka bertindak memaklumkan kita mengenai kehilangan mangsa pada jam 10.52 malam, Rabu.”
“Pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 7.30 pagi ini di lokasi yang jauhnya 45 kilometer dari balai,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Hazmin pencarian di radius sejauh enam kilometer masih tidak menemui sebarang petunjuk dan jejak mangsa.
Turut berada dilokasi komander operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Clarence D.Primus Tiandun.