Leftenan Muda Desem Samuel ketuai APM Betong
BETONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong sekali lagi bakal menerima peneraju yang baharu apabila Pegawai Pertahanan Awam Daerah(PPAD), Leftenan (PA) Mackinly Jores akan berpindah tugas ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Serian mulai Februari ini.
Setelah memasuki tiga generasi kepimpinan yang menyaksikan APM Betong bertindak sebagai agensi Penyelamat yang disegani kerana peneraju yang berkaliber dan memiliki prinsip dalam kerjaya.
Mackinly, diraikan dalam Majlis perpisahan Jasamu di kenang dan serah tugas yang diadakan di PDPA Betong.
Serah tugas jawatan PPAD Betong yang baru akan diambil alih oleh Leftenan Muda (PA) Desem Samuel.
Desem dalam ucapannya berkata, Mackinly yang menerajui APM Betong selama satu tahun dua bulan merupakan pegawai yang cukup komited dalam tugas dan sangat menitik beratkan kebajikan para anggota.
"Kepimpinannya, seperti mana peneraju sebelumnya berjaya membawa APM Betong sebaris dengan agensi Penyelamat yang lain di Betong sehingga diiktiraf sebagai anggota barisan hadapan yang tidak pernah diragui keujudan mereka.
"Berkerja bukan sekadar untuk berkerja" menjadi motto perjuangan beliau bersama APM Betong yang menjadi satu kunci dorongan dalam melakukan sesuatu tugasan.
"Secara peribadi beliau seorang pemimpin yang baik senang untuk di dekati dan tidak pernah meninggi suara ataupun berkasar dengan anggota." katanya.
Tambahnya, APM Betong sangat bertuah kerana telah dipimpin oleh pegawai-pegawai yang sangat berpengalaman antaranya Leftenan(PA) Azamsah Aperal yang menerapkan Brother Hood sebagai perjuangan manakala Kapten (PA) Usman Harto, menekankan nilai kekeluargaan dalam tugasan.
"Untuk pengetahuan mereka adalah barisan awal diserap dalam Pertahanan Awam dan merupakan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan yang merupakan pelopor bagi skim KP berjawatan tetap di bawah klasifikasi perkidmatan.
"Dalam masa yang sama, saya harap akan terus berjaya membawa pengiktirafan terbaik dan menerajui APM Betong dalam meneruskan legasi seterusnya," ujarnya.
Turut hadir semua barisan anggota lain-lain pangkat APM Betong.