Kes buli SMK Saratok ditutup?
SARATOK — Polis sudah menyiasat kejadian kes buli membabitkan pelajar lelaki yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Saratok pada 1 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Mordani Tanin berkata, hasil siasatan mendapati pemeriksaan mangsa di hospital tiada mengalami sebarang kecederaan dalaman.
“Dalam kes ini, keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik.”
“Keluarga mangsa buli juga tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengugat ketenteraman awam.
Sebelumi ini, kakak kepada mangsa buli telah memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai adiknya yang dibuli oleh pelajar Tingkatan Lima.
Menurut hantaran itu, adiknya telah dibuli sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata. Hantaran itu bagaimanapun sudah dipadam.
Susulan itu, keluarga mangsa pada jam 4 petang tadi telah membuat laporan di Balai Polis Saratok.
Hantaran itu bagaimanapun sudah dipadamkan, malah kakak mangsa enggan
membuat kenyataan apabila dihubungi wartawan kami.