Kes akan terus melonjak jika terus berkumpul dan tidak patuh SOP - Tiong
Gambar arkib kredit FB Kong Kali Kong |
Beliau berkata demikian dalam laman sosial Facebooknya hari ini sebagai melahirkan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat di Bintulu khususnya di kawasan perumahan.
"Semua anggota masyarakat harus terus berdisiplin dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup hidung dan mulut termasuk penjarakan fizikal terutama ketika berada di luar rumah bagi menggelakkan mereka dijangkiti virus pembunuh itu," ujarnya.
Beliau sebagai berkata, sekiranya orang awam tidak lagi menitikberatkan SOP dalam aktiviti harian mereka, tidak mustahil jangkitan akan terus berlaku yang mana menyukarkan lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan pandemik ini.
Sebaik-baiknya jelas Tiong, para ibu bapa harus memastikan yang mereka berhati-hati semasa berada di luar bagi melindungi anak kecil serta warga tua yang berada dalam jagaan mereka.
Ini kerana menurutnya, golongan kanak-kanak dan warga tua senang dijangkiti virus pembunuh itu.
"Justeru, setiap individu harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain di sekeliling mereka dengan pematuhan SOP yang ketat dari masa ke masa,' tambah beliau.