Kapal karam: Juragan selamat, dua lagi masih hilang


TANJUNG MANIS: Dua individu dikhuariti lemas selepas sebuah Kapal Laning Drat yang membawa muatan Kobelco telah karam di Sungai Batang Serding di sini pagi tadi.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 9 pagi dan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi

 

"Pada awal pagi tadi, sebuah Kapal Laning Drat yang membawa muatan Kobelco telah karam. Sehinggalah salah seorang telah dijumpai oleh orang awam manakala dua orang lagi rakannya masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Jelasnya, mangsa yang selamat merupakan juragan kapal terbabit yang dijumpai pada jam 8.30 pagi oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian, melihat seorang lelaki yang sedang terkapai-kapai di dalam sungai.

 

"Saksi tersebut berjaya menyelamatkan mangsa dan sedang dalam perjalanan ke Hospital Sarikei menggunakan laluan sungai tersebut.

 

"Namun demikian, menurut mangsa yang terselamat, terdapat dua orang lagi rakannya yang masih hilang," ujarnya.

 

Setakat ini, bomba sedang berusaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang dikhuatiri lemas itu.

Next Post Previous Post