Kanak-kanak ceria,teruja dan seronok divaksin



LIMBANG: Teruja,seronok dan tidak sabar untuk mengambil vaksin,itu reaksi sekitar 100 orang kanak-kanak yang 'walk in' atau datang secara terus ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) berusia 5 hingga 12 tahun di Pusat Pemberian Vakisin (PPV) di Hospital Limbang hari ini.

Bagi Mohamad Firdaus Yani 9 tahun, beliau tidur lebih awal malam tadi kerana tidak sabar untuk datang mengambil vaksin ditemani ibunya Suriani Marmut seawal jam 8 pagi. 


“Seronok sangat turun awal hari ini untuk mengambil vaksib,”katanya ketika ditemui Borneo Network hari ini.

Jelasnya meskipun ada kanak-kanak yang takut dengan jarum,beliau lebih teruja untuk bertemu doktor dan disuntik memandangkan vaksin penting untuk mengelak dijangkiti COVID-19. 

“Ramai juga kawan-kawan yang datang mengambil vaksin dan saya tidak mahu melepas peluang untuk mengambil vaksin pada pelancaran program itu peringkat Hospital Limbang,”ujarnya. 

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Limbang itu menyarankan rakan-rakannya yang lain untuk turun mengambil vaksin. 


Seorang lagi kanak-kanak Ferdrick Lio Andrew Umdum, 7 tahun, dari SK Bandar Limbang ingin membuktikan kepada kakak dan abangnya bahawa dia juga berani mengambil vaksin seperti mereka. 

“Saya ingin mengikuti jejak langkah kakak dan abang saya yang sudah mengambil vaksin,”ujarnya. 

Jelas Ferdrick Lio tindakan mengambil vaksin dilakukan atas kehendaknya sendiri bagi mengurangkan peningkatan dan jangkitan COVID-19. 

Pengarah Hospital Limbang Dr Syed Satahkatulah Mohamed Kalik berkata sebanyak 100 vaksin dan 30 vaksin dos pengalak disediaiab pada Program PICKids peringkat Hospital Limbang hari ini. 

“Pihak Hospital Limbang terkejut dan tidak menjangka mendapat sambutan mengalakkan daripada kanak-kanak yang datang hari ini.
“Kebanyakkan mereka terdiri daripada pesakit pediatrik yang mempunyai komorbid dan kanak-kanak yang walk in selain remaja yang ingin mendapatkan suntikan pengalak,”katanya.

Jelasnya tema Upin-Upin dan kehadiran maskot memberi keceriaan kepada kanak-kanak yang hadir hari turut diberi cenderahati berupa sticker superhero ‘saya telah divaksin’ dan air kotak. 

Malahan kanak-kanak turut disajikan dengan tontonan siri Upin dan Ipin semasa tempoh observasi. 
 
Turut sama Pegawai Pediatrik Hospital Limbang Nur Zulaikha Muhammad Azmi.
Next Post Previous Post