Jualan Keluarga Malaysia di Tamu Emart Bintulu hujung minggu ini

Pelbagai barangan keperluan dijual dengan harga berpatutan

BINTULU—Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Tamu Emart Bintulu akan mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Peringkat Parlimen Bintulu hujung minggu ini.

Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Bintulu, Nazari Hassan berkata, program jualan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Program jualan itu menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih



“Jualan ini bagi membantu penduduk tempatan mendapatkan barangan asas dengan harga lebih murah.”

“Barangan asas itu antaranya makanan mentah, sayur-sayuran, makanan tin, gula dan tepung,”katanya .

Beliau menambah, PJKM turut mendapat kerjasama dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Justeru, orang ramai digesa agar tidak melepaskan peluang ini pada hari dan masa yang ditetapkan.
Next Post Previous Post