Jalan Sekitar Kuching Ditutup Sempena Citrawarna Keluarga Malaysia


KUCHING--Sempena Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang akan diadakan di Tebingan Kuching, di sini, mulai 24 hingga 27 Februari ini jalan-jalan sekitar kawasan itu akan ditutup bagi melancarkan acara.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching akan melakukan kawalan sekitar 'avenue'.

"Kita akan laksanakan lencongan penutupan jalan mulai 17 hingga 25 Februari bagi pemasangan khemah oleh pihak penganjur.

"Penutupan sepenuhnya akan dilakukan mulai 26 Februari dan lencongan bermula hari berkenaan jam 6.30 pagi sehingga selesai majlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang awam yang menghadiri majlis boleh meletak kenderaan di sepanjang Jalan Tun Abdul Rahman, Poliklinik Jalan Masjid, Jalan Khoo Hun Yeang, Saujanan dan Reservoir Park.

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi IPD Kuching ditalian 082-221129 pada waktu pejabat," ujarnya.

Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaacob pada 26 Februari.
Next Post Previous Post