Isteri sebak terima ijazah arwah suami
Pastinya majlis ini disambut dengan gembira, mana tidaknya insan tersayang terutamanya keluarga tercinta serta sahabat seperjuangan turut menumpang bangga.
Namun di sebalik kegembiraan itu, seorang isteri terpaksa menahan kesedihan apabila dia terpaksa menggantikan tempat suaminya yang menerima Anugerah Anumertra Sarjana Pentadbiran Perniagaan Korporat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Isnin.
Nurliyana Amira Kamisly,33, hanya mengenakan busana hitam tanpa menyarung jubah seperti penerima anugerah lain pada majlis konvokesyen tersebut.
Meskipun ibu kepada seorang cahaya mata ini nampak tenang, jauh di sudut hatinya ingin sahaja dia membiarkan air mata mengalir ketika menerima penganugerahan itu.
"Allahyarham suami, Muhammad Hisyamuddin Mustapha meninggal dunia pada Oktober 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika berusia 32 tahun.
"Arwah disahkan positif Covid-19 pada awal Oktober lalu dan sepanjang dijangkiti, arwah gigih meneruskan pengajian yang cuma berbaki thesis sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.
Menyifatkan arwah suami seorang bapa yang peyayang, juruaudit Pejabat Audit Dalam UNIMAS itu redha dengan pemergian suami tercinta yang telah bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan sejak mendirikan bahtera perkahwinan enam tahun lalu.
Katanya, disebabkan Covid-19, arwah turut terpaksa bertarung nyawa selama 16 hari sebelum meninggal dunia dan meninggalkan dia bersama seorang anak lelaki berusia enam tahun.
"Menamatkan pengajian merupakan impian arwah dan sepanjang melanjutkan pengajian arwah kebanyakkan melakukan pembelajaran secara atas talian di rumah di samping sibuk menguruskan pekerjaan lain.
"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada UNIMAS atas penganugerahan ini kepada arwah," ujarnya.
Dalam pada itu, seramai 3,587 graduan dalam pelbagai peringkat pengajian dari ljazah Doktor Falsafah, ljazah Sarjana dan ljazah Sarjana Muda dirai dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-25 bermula hari ini sehingga 17 Februari nanti.
Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.